Situasi 2
Sewaktu aku pulang dari
kuliah, aku melihat satu peristiwa yang agak menyentuh hati. Aku menunggang
motosikal dengan perlahan. Ketika aku hendak sampai ke lampu isyarat, aku
melihat dari jauh dua orang yang tua
berjalan. Mereka berjalan dari kampung Berop menghala ke arah stesen minyak
BHP. Aku memerhatikan tingkah laku orang tua itu. Lelaki tua itu memegang erat
tangan pasangannya. Mereka jalan perlahan-lahan. Aku lihat wajah perempuan tua
itu keletihan. Mungkin tidak mampu berjalan lagi. Lelaki tua itu terus memimpin
wanita tua itu dan meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku berfikir mampukah aku
jika sudah tua nanti melayani pasangan ku sedemikian…
Komen:
Bahasa bukan sahaja secara
verbal, malah inverbal. Kelakuan lelaki tua itu memegang erat serta memimpin
pasangannya menunjukkan bahawa dia amat kasih dan sayang terhadap pasangannya.
Kadangkala sesetengah perkara tidak perlu dilafazkan untuk menyampaikan maksud.
Cukup sekadar dengan perbuatan. Contoh lain yang dapat diambil ialah apabila
jari telunjuk diletakkan di mulut, hal ini menandakan supaya orang lain diminta
untuk senyap.

No comments:
Post a Comment