![]() |
| gambar hiasan |
Situasi 3
Aku mengambil angin malam
dengan bersiar-siar menaiki motosikal. Aku melalui jalan hulu bernam lalu masuk
ke pekan tanjung malim. Aku terus menunggang motor ke arah BHP. Selepas lampu
isyarat pekan tanjung malim, aku tersentak apabila melihat kilau lampu berwarna
biru. Rupa-rupanya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) membuat sekatan jalan
raya. Walau bagaimanapun aku terus memandu ke arahnya. Lampu berwarna merah
diangkat oleh anggota JPJ lalu menahan
aku. Tanpa senyuman, anggota tersebut meminta kad pengenalan dan lesen memandu
ku. Nada suara yang dikeluarkan juga agak keras. Aku dilayan umpama seorang
pesalah. Setelah diperiksa, kad pengenalan dan lesen memandu ku diserahkan
semula. terdetik dalam hatiku berlagak nya anggota JPJ itu
Komen:
Bahasa akan
mencerminkan peribadi seseorang itu. Dengan bahasa kita boleh menilai sikap dan
personaliti seseorang. Tidak salah sekiranya anggota JPJ itu menggunakan nada
suara yang lebih berhemah. Mimik muka juga memainkan peranan ketika
bercakap. Senyuman dapat menggambarkan
seseorang itu lebih mesra berbanding muka yang kelat sahaja. Dalam masyarakat,
seorang yang lebih ceria atau selalu tersenyum akan lebih dekat dan dikenali
dalam kalangan ahli masyarakat

No comments:
Post a Comment