Situasi 4
Lampu isyarat mempunyai
tiga warna iaitu hijau merah dan kuning. Hijau membawa maksud boleh jalan jika
selamat, merah berhenti dan kuning bersedia untuk berhenti. Ketika aku pulang
dari kuliah, aku melalui sebuah lampu isyarat berhampiran Petronas Tanjung Malim.
Lampu isyarat ketika itu menunjukkan warna kuning, aku memperlahankan
motosikalku dan bersiap- sedia untuk berhenti. Tiba-tiba aku dihon, aku
cepat-cepat mengelak ke tepi. Sebuah kereta memecut laju walaupun lampu sudah
bertukar merah. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat pemandu
kereta itu.
Komen:
Bahasa isyarat merupakan
salah satu jenis bahasa. Jika di jalan raya, bahasa ini digambarkan melalui
papan tanda dan lampu isyarat. Ia akan menggambarkan maksud-maksud tertentu.
Pengguna jalan raya mesti mematuhi isyarat-isyarat ini bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Tindakan pemandu yang melanggar lampu
merah itu menunjukkan bahawa pemandu berkenaan amat mementingkan diri dan boleh
mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

No comments:
Post a Comment