Aku dan seorang rakan
berkunjung ke pasar raya Billion untuk membeli pakaian. Aku ingin mencari dua
helai baju kemeja lengan panjang untuk dipakai ke kuliah. Kami masuk dan terus
pergi ke tingkat atas bangunan kerana tingkat ini mengandungi pakaian yang kami
cari. Aku tertarik pada sehelai kemeja berwarna biru dan warna kelabu. Namun,
agak mengecewakan apabila saiz baju itu terlalu besar. Aku lantas meminta jurujual
mencarikan baju berwarna sama tetapi dengan saiz yang sesuai untuk aku. Dia
meminta kami menunggu sementara dia mencari. Setelah 10 minit aku menunggu, dia
datang semula. Baju yang aku inginkan tiada sebaliknya dia meminta kami
menunggu lagi kerana ketuanya sedang mendapatkan baju kemeja tersebut. Aku
bertanya adakah baju itu ada, dia mengangguk dan pergi semula. Aku terus
menunggu dan menunggu dengan agak lama tanpa sebarang kepastian sehinggalah
akhirnya aku dan rakan mengambil keputusan untuk pergi sahaja memandangkan aku
perlu segera pulang ke kampus.
Komen:
Saya sebenarnya tidak kisah
untuk menunggu dengan lama sekiranya barang yang saya kehendaki itu ada. Namun,
situasi yang berlaku mengambarkan seolah-olah jurujual itu berbohong dan barang
yang saya inginkan sebenarnya tiada. Tindakannya itu semakin merumitkan keadaan
dan saya pula terpaksa menghabiskan masa yang agak lama pada sesuatu perkara
yang tidak pasti. Walau bagaimanapun, saya masih bersyukur kerana saya mampu
untuk bersabar dengan tindakan pelayan itu seterusnya mengelakkan pergaduhan.
No comments:
Post a Comment