Catatan 24
Banyak belajar bahasa lain adalah bagus, walau bagaimanapun ianya akan memberi kesan dalam percakapan seharian kita. Inilah akibatnya kita belajar banyak bahasa. Kita akan menghadapi kecelaruan berbahasa dan menyebabkan kita tidak dapat bercakap dengan sempurna. Kadangkala kita mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita pandai berbahasa Inggeris. Pada hal perkara yang diucapkannya adalah salah dan menyebabkan orang tergelak. Hari ari ini, ada seorang rakan telah menyebabkan saya tergelak. Dia menyebut cuba try test. Padahal perkataan itu memberi makna yang sama.
Komen:
Sekiranya kita kurang mahir dalam bahasa
Inggeris, kita seharusnya jangan berlagak seperti orang mahir dan fasih. Kita seharusnya berbangga menuturkan bahasa
Kebangsaan kita dalam perbualan seharian. Tidak ada bangsa lain yang ingin
memartabatkan bahasa Melayu selain kita sendiri. Pengekalan bahasa Kebangsaan kita
haruslah tersemat di dalam jiwa agar rasa cinta dan bangga terhadap bahasa
Kebangsaan kita terus memekar di dalam jiwa kita semua. Bahasa jiwa bangsa
No comments:
Post a Comment