Catatan 11
Sedang seronok
melayan lagu di salah sebuah stesen radio terkenal negara, tiba-tiba terdapat
satu lagu yang menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Melayu. Lagu ini
dinyanyikan oleh penyanyi Melayu. Jika tidak didengar dengan teliti, lagu ini sukar
untuk difahami. Terdetik di hati ini, kenapa tidak dibuat lagu ini dalam satu
bahasa sahaja. Apakah lagu itu tidak mampu popular jika menggunakan satu bahasa
sahaja. Aku mengelamun seketika.
Komen:
Penggunaan dua bahasa
dalam lagu pernah menjadi isu suatu masa dahulu. Walaupun tujuan sekadar
hiburan, lagu ini mampu mempengaruhi bahasa pendengarnya. Lagu ini boleh
diistilahkan sebagai lagu rojak disebabkan pencampuran bahasa. Lagu Melayu
mungkin boleh hilang identitinya kerana kehadiran unsur bahasa lain dalam lagu.
Selain itu, dapat dilihat hari ini, lagu asli atau disebut lagu etnik kreatif
sudah jarang dihasilkan. Para penyanyi lebih suka kepada rentak Pop dan Rock.
Lagu-lagu Melayu dilihat semakin terhakis. Tidak mustahil suatu hari nanti lagu
Melayu asli hanya akan tinggal sebagai sejarah.
No comments:
Post a Comment