Catatan 17
Pada hari ini, saya
pergi ke pasar raya TF di Behrang 2010 untuk membeli barang. Semasa asyik
membeli belah, saya terpijak kaki seorang lelaki. Saya segera memohon maaf kepada lelaki tersebut. Walau bagai
mana pun, ungkapan maaf tersebut tidak disambut dan tidak dipedulikan
sebaliknya dia terus pergi.
Komen:
Kita seharusnya
memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Sifat memaafkan orang lain
merupakan sifat yang baik. Kadang-kala kesilapan yang dilakukan adalah secara
tidak sengaja. Dalam hubungan sosial, kita harus bersifat terbuka dan jangan
bersifat sombong serta mementingkan diri sendiri. Di samping itu, kita juga
perlu mesra dengan semua masyarakat
Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
No comments:
Post a Comment