Catatan 16
Saya menyaksikan
sebuah filem iaitu filem Adnan sempit 2. Filem ini mengisahkan Adnan yang
bercinta dengan Nadia yang merupakan anak kepada seorang ahli korporat yang
terkenal. Adnan yang bekerja sebagai
seorang budak pejabat telah diminta untuk berubah menjadi seorang ahli korporat jika mahu
mengahwini Nadia. Adnan diminta untuk belajar bahasa Inggeris dan belajar
bermain Golf. Adnan menghadapi pelbagai kesukaran dalam menyelesaikan cabaran
yang diberikan kepadanya.
Komen:
Cerita ini saya
anggap sangat menarik kerana ia dapat menonjolkan budaya sesetengah masyarakat
di Malaysia. Cerita ini memaparkan golongan elit iaitu ahli korporat dan
golongan biasa. Golongan atasan ini lebih mementingkan penggunaan bahasa
Inggeris dan meminggirkan bahasa Melayu. Bukan sahaja bahasa, malahan budaya
orang Inggeris cuba diserap dalam kehidupan mereka. Antara budaya seperti makan
menggunakan sudu, bermain permainan eksklusif seperti GOLF dan menggunakan kasut
hingga ke dalam rumah. Semua urusan
syarikat juga menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Walaupun begitu, pada
akhir cerita, Adnan membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa utama dalam bidang
korporat.
No comments:
Post a Comment