Petang tadi saya
pergi ke stesen minyak BHP bukan untuk mengisi minyak sebaliknya untuk
mengambil duit di mesin ATM Bank Islam. Semasa sedang beratur, saya
memerhatikan orang yang sedang mengeluarkan duit di hadapan saya. Saya
perhatikan bahawa dia memilih bahasa Inggeris untuk melakukan pengeluaran duit.
Selepas memilih bahasa Inggeris, saya mendapati dia membatalkan urus niaganya.
Dia mengeluarkan semula kad ATM lalu memasukkannya semula. Selepas itu, dia
memilih bahasa Melayu. Rupa-rupanya, dia kurang mahir menggunakan bahasa
Inggeris.
Komen:
Inilah budaya yang
berlaku di Malaysia, tanpa disedari, kita terlalu mengagungkan bahasa Inggeris.
Walaupun tidak pandai menggunakan bahasa Inggeris, namun sesetengah orang tetap
berlagak menggunakan bahasa tersebut. Sebagai warganegara Malaysia, kita harus berbangga
dengan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita. Kita harus memartabatkan
dan mengangkat bahasa Melayu agar bahasa kita menjadi bahasa antarabangsa
seperti bahasa China dan bahasa Jepun.
No comments:
Post a Comment