Sebelum ini aku tidak pernah bertegur dengan
jiran ku. Bukannya aku tidak mahu berkenalan, tapi aku agak penyegan. Kami
sekadar bertukar senyuman. Aku selalu memikirkan cara untuk bertegur sapa. Pada
petang itu, jiran ku membawa pulang sebuah kereta wira yang sudah ditukar
enjinnya kepada enjin yang menggunakan sistem pendesak Turbo. Aku mempunyai
minat yang amat mendalam terhadap kereta. Dia membuka bonet keretanya lalu
memeriksa enjin. Aku dapat rasakan ada peluang untuk bertegur sapa dengannya.
Aku membuang perasaan malu ku lalu pergi mendekatinya.
“lawa enjin kereta ye bang”. Sapaku
Dia
memandangkan lalu tersenyum
“bese
je dik”, jawabnya sambil tersenyum.
Dia
lantas menghulurkan tangan dan kami bersalaman. Kami terus berbual.rupa-rupanya
jiranku bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat aku belajar sekarang.
Komen:
Hidup
dalam masyarakat perlu lebih beramah mesra. Hal ini kerana jika dalam situasi
kecemasan seperti kebakaran atau kecurian, jiranlah insan yang paling hampir dengan
kita. Kita tidak harus sombong dan tidak bersikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Memang sukar untuk memulakan kata untuk
berkenalan, tetapi itu perlu supaya kita dapat mengenali jiran-jiran kita.
Selain itu teguran bukan semestinya dilakukan secara terus-terang, sebaliknya
menggunakan kata kiasan pun boleh. Masyarakat yang sihat merupakan masyarakat
yang mengamalkan nilai-nilai murni dan saling tolong-menolong.
No comments:
Post a Comment