Sedang saya melayari
internet, saya terbaca artikel tentang kebiadapan seorang anak kepada ibunya.
Anak itu sanggup membunuh ibunya hanya kerana tidak mendapat duit untuk membeli
dadah. Menurut artikel berkenaan, anaknya turut memaki ibunya setelah tidak mendapat
duit. Saya berfikir sejenak, adakah masyarakat kita sudah hilang kesantunan dan
hormat kepada orang lain.
Komen ;
Mungkin banyak di
antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita bagaimana mereka
berinteraksi dengan orang yang lebih tua. Jikalau masyarakat dulu sangat
berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi
zaman sekarang ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang
kurang sopan. Filem-filem Melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai
berbudi bahasa. Sebagai contoh anak-anak membongkokkan sedikit badan apabila
berjalan di hadapan orang tua, bersalaman dengan tetamu yang hadir, membuatkan
air untuk tetamu dan bertanyakan khabar. Namun di dalam filem-filem atau drama
zaman sekarang amat jarang dapat kita dapat melihat perlakuan seperti yang
terdapat dalam filem-filem klasik.
No comments:
Post a Comment